第25届会员大会相关报告:

马大华文学会2009/10年度会务报告(中文版,更新于31/3,0640时)
马大华文学会 2009/10年度会务报告(马来文版,更新于31/3,0640 时)
马大华文学会第24届会员大会会议记录(中文版、马来文版)
http://cid-e2ff2cb3da14cea4.skydrive.live.com/browse.aspx/.Public?uc=4

2009年11月22日

马大华文学会第24届会员大会会议记录(马来文版)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya Ke-24

Tarikh : 31/03/2009 (Selasa)
Masa : 8:30p.m.
Tempat : DK A, Fakulti Sastera & Sains Sosial
Kehadiran : 102 orang
Turut Hadir : Lee Soon Huat (Bekas Presiden PBCUM), Siah Kwong Liang
Pengerusi Majlis: Sia Shang Yuan
Pencatat : Chang Lip Wei, Lim Jing Chian, Chai Vong Lung, Lim Chee Wei
Kemas-kini Minit: Lee Chew Yee

Agenda::
1. Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Presiden PBCUM Sesi 2008/2009
3. Ucapan Mentor PBCUM
4. Ucapan Pegawai HEP
5. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Tiga
6. Hal-hal Berbangkit
7. Pembentangan Laporan Tahunan Persatuan Sesi 2008/2009
8. Pembentangan Laporan Kewangan Persatuan Sesi 2008/2009
9. Pembubaran Majlis Eksekutif Sesi 2008/2009
10. Pemilihan Ahli-ahli Majlis Eksekutif Sesi 2009/2010
11. Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Eksekutif Sesi 2009/2010
12. Ucapan Presiden PBCUM Sesi 2009/2010
13. Hal-hal lain


1. Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis
1.1. Saudari Tan Hui Yang mencadangkan saudara Sia Shang Yuan sebagai Pengerusi Majlis. Ini disokong oleh saudari Teo Jin Xin.
1.2. Saudari Yeoh Yin Yin mencadangkan pencalonan ditutup, disokong oleh saudara Hong Kar Wai.
1.3. Saudara Sia Shang Yuan terpilih sebagai Pengerusi Majlis dan mengambil tempat Pengerusi Majlis.
1.4. Pengerusi Majlis berterima kasih kepada para hadirin yang sudi meluangkan masa bagi menghadiri Mesyuarat Agung ini.
1.5. Pengerusi Majlis menyatakan bahawa dia akan melaksanakan kewajipannya berdasarkan perkara yang dinyatakan dalam bahagian ke-3, fasa ke-9 peraturan-peraturan Mesyuarat Agung PBCUM. Pengerusi Majlis juga menyeru supaya para hadirin memberi kerjasama dengan mematikan telefon bimbit, angkat tangan dan mendapat kebenaran Pengerusi Majlis sebelum menyuarakan pendapat masing-masing. Pengerusi Majlis juga meminta supaya para hadirin yang ingin menyuarakan pendapat untuk memberikan nama dan fakulti masing-masing.
1.6. Saudari Aw Yong Kam Leng mencadangkan Chang Lip Wei, Lim Jing Chian, Chai Vong Lung, Lim Chee Wei sebagai pencatat. Disokong oleh saudari Kong Po Lian.
1.7. Pengerusi Majlis mematuh kepada perkara yang yang dinyatakan dalam peraturan Mesyuarat Agung PBCUM iaitu meluluskan sesuatu jika tiada bantahan. Empat pencatat mengambil tempat.
1.8. Pengerusi Majlis menjemput Majlis Eksekutif Sesi 2008/2009 mengambil tempat.

2. Ucapan Presiden PBCUM Sesi 2008/2009
2.1. Presiden merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat agung ini.
2.2. Dalam sesi ini terdapat banyak perubahan personel, ada yang meletak jawatan, dan ada juga yang menyertai Majlis Eksekutif.
2.3. Objektif persatuan pada tahun ini sama dengan objektif tahun lepas, iaitu mementingkan kesedaran masyarakat dan kebudayaan. Namun Presiden mengaku bahawa penumpuan dalam bidang kebudayaan adalah tidak memadai.
2.4. Pemimpin perlulah sanggup menerima komen dan cadangan demi kebaikan persatuan.
2.5. Selain itu, Majlis Eksekutif juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Majlis Eksekutif 2007/2008 atas bantuan dan nasihat yang diberikan oleh mereka.
2.6. Diharapkan agar para hadirin dapat memaafkan Majlis Eksekutif jikalau Majlis Eksekutif telah menyinggung perasaan para hadirin sepanjang tempoh perkhidmatan.
2.7. Diharapkan semua ahli maju bersama-sama dengan PBCUM.

3. Ucapan Mentor PBCUM
3.1. Disebabkan ketidakhadiran mentor persatuan, mesyuarat diteruskan dengan agenda seterusnya.

4. Ucapan Pegawai Hal Ehwal Pelajar
4.1. Disebabkan ketidakhadiran wakil pegawai, mesyuarat diteruskan dengan agenda seterusnya.

5. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Tiga
5.1. Pengerusi Majlis mengingatkan bahawa ahli-ahli persatuan yang menghadiri Mesyuarat Agung Kedua Puluh Tiga sahaja berhak mencadang dan menyokong mesyuarat ini.
5.2. Setiausaha membuat pembetulan berikut:
5.2.1. Pindaan perkara 11.4 Senarai nama: Nama calon Pengerusi Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina dibetulkan dari “Kosong” kepada “Lim Siew May, Tang Kai Wei”
5.2.2. Pindaan perkara 11.13 dengan menambah ayat “Disebabkan calon-calon Pengerusi Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina telah menyandang jawatan lain, Suruhanjaya Piliharaya membatalkan kelayakan mereka dan mengumumkan kekosongan jawatan tersebut”.
5.2.3. Pindaan tajuk di muka depan kepada “Minit Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya Sesi 2007/2008”
5.2.4. Pindaan dalam versi Bahasa Cina.
5.2.5. Pindaan dalam versi Bahasa Cina.
5.2.6. Pindaan dalam versi Bahasa Cina.
5.2.7. Pindaan dalam versi Bahasa Cina.
5.2.8. Pindaan dalam versi Bahasa Cina.
5.2.9. Pindaan dalam versi Bahasa Cina.
5.2.10. Pindaan dalam versi Bahasa Cina.
5.3. Saudara Tew Chong Li mencadangkan untuk menerima dan meluluskan Minit Mesyuarat Tahunan Kedua Puluh Tiga, disokong oleh Tan Siew Lee.
5.4. Pengerusi Majlis mengumumkan bahawa Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Tiga diluluskan.

6. Hal-hal Berbangkit
6.1. Saudara Lee Soon Huat menanyakan sebab-sebab ketidakhadiran salah seorang ahli Majlis Eksekutif.
6.2. Saudari Loh Siow Wen menjelaskan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, saudari Wong Poh Fen telah meletak jawatan, oleh itu tidak menghadiri Mesyuarat Agung.
6.3. Saudari Lian Chiew Yi meminta penjelasan sebab berlaku banyak perubahan personel dalam Majlis Eksekutif.
6.4. Presiden menjelaskan bahawa kebanyakan ahli Majlis Eksekutif PBCUM sesi 2008/2009 mempunyai jawatan atau tugas yang lain. Mereka menyertai Majlis Eksekutif bertujuan untuk belajar, tetapi memilih untuk menarik diri apabila mendapati bahawa ideology persatuan tidak sesuai dengan mereka. Majlis Eksekutif telah cuba sedaya upaya untuk menahan pemergian mereka, namun Majlis tetap menghormati keputusan mereka.
6.5. Saudara Lee Soon Huat mempersoalkan perkembangan permohonan mengeluarkan wang tabung untuk membeli projector persatuan.
6.6. Bendahari menjawab bahawa perkara ini sedang dijalankan, namun ia melibatkan procedure yang rumit. Bendahari turut berjanji akan membantu bendahari sesi 2009/2010 untuk mengikuti perkembangan perkara ini.
6.7. Saudara Gan Chee Wei mempersoalkan perkembangan laman web persatuan.
6.8. Saudara Hoo Wai Lam menjawab domain yang mengandungi “.org.my” mestilah digunakan oleh syarikat-syarikat berdaftar, oleh itu bagi hal domain laman web perlu dibincangkan lagi. Namun Majlis Eksekutif sesi 2008/2009 sedang berusaha membina laman web persatuan, dan diharapkan akan menampakkan hasilnya tidak lama lagi.
6.9. Saudari Loh Kit Mun menokok bahawa Majlis Eksekutif sesi 2008/2009 telah menubuhkan blog dan forum persatuan.

7. Pembentangan Laporan Tahunan Persatuan Sesi 2008/2009
7.1. Pembentangan laporan aktiviti tahunan 2008/2009 oleh Setiausaha.
7.1.1. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh PBCUM, seperti yang dinyatakan dalam laporan.
7.2. Setiausaha membuat pembetulan berikut:
7.2.1. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.2.2. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.2.3. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.2.4. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.2.5. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.2.6. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.2.7. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.2.8. Pindaan dalam versi Bahasa Cina
7.3. Saudara Koh Joon Yi mencadangkan supaya agenda ini ditamatkan, disokong oleh saudara Kuah Tyng Kai.

8. Pembentangan Laporan Kewangan Persatuan Sesi 2008/2009
8.1. Pembentangan Laporan Kewangan PBCUM Sesi 2008/2009 oleh Bendahari.
8.2. Bendahari membuat pembetulan berikut:
8.2.1. Muka surat 1, Pendapatan Sesi 2008/2009 dibetulkan dari 151947.41 kepada 151948.41
8.2.2. Muka surat 1, baki akhir h/b dibetulkan dari 58655.78 kepada 58656.78
8.3. Saudara Hong Kar Wai mempersoalkan sebab pendapatan dan perbelanjaan Kelas Bimbingan Debat, Kelas Seni Pertuturan Cina, Kelas Bimbingan Bahasa Cina dan Kelas Kaligrafi Cina adalah 0 pada sesi 2007/2008. Saudara Hong turut mencadangkan supaya penyata kewangan dibutirkan.
8.4. Bendahari menjawab bahawa dia telah memanjangkan perkara tersebut kepada Bendahari sesi 2007/2008, dan Bendahari sesi 2007/2008 telah memberitahu bahawa pendapatan dan perbelanjaan keempat-empat kelas tersebut adalah 0.
8.5. Bendahari turut menjawab bahawa butiran dalam penyata kewangan adalah mengikut belanjawan dalam Kertas Kerja Dasar, dan oleh itu hanya menyatakan jumlah bagi setiap perkara sahaja.
8.6. Saudara Hong Kar Wai menanyakan butir-butir pendapatan Kelas Seni Pertuturan Cina.
8.7. Pengerusi Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina, saudara Tan Chin Hong menjawab bahawa pendapatan Kelas Seni Pertuturan Cina merupakan yuran pelajar.
8.8. Saudara Hong Kar Wai menanyakan sebab perbelanjaan Kelas Bimbingan Debat sesi 2008/2009 di muka surat 2 berbeza dengan perbelanjaan di muka surat 9.
8.9. Bendahari menjelaskan bahawa perkara ini adalah kesilapan teknikal, dan membetulkan perbelanjaan di muka surat 2 kepada 105.00
8.10. Saudara Tan Chee Kean menyeru Majlis Eksekutif supaya mengawal pendapatan aktiviti, memandangkan lebihan Projek Pertandingan Debat Antara IPT ke-11 yang banyak.
8.11. Presiden mencadangkan supaya memasukkan perkara ini ke dalam agenda Hal-hal Lain.
8.12. Saudara Tan Chee Kean menerima cadangan tersebut.
8.13. Saudara Koh Joon Yi menanyakan punca-punca perbelanjaan unit logistik Projek Pertandingan Debat Antara IPT ke-11.
8.14. Bendahari menjawab bahawa unit ini bertanggungjawab untuk menyewa tempat pertandingan dan penginapan untuk ahli peserta, serta pengangkutan. Oleh itu jumlah perbelanjaan adalah besar.
8.15. Saudara Kuah Tyng Kai menyatakan bahawa butiran-butiran perbelanjaan haruslah diperincikan oleh sebab melibatkan jumlah wang yang besar.
8.16. Bendahari menjawab bahawa laporan kewangan adalah disediakan mengikut format tahun lepas, iaitu disusun mengikut unit. Butiran yang terlalu terperinci akan merumitkan laporan.
8.17. Saudara Lee Soon Huat menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Projek Pertandingan Debat Antara IPT Ke-11 patut menghadiri Mesyuarat Agung untuk menjawab soalan-soalan yang berkenaan. Saudara Lee turut menanyakan Majlis Eksekutif sama ada telah mempelawa Majlis Tertinggi projek tersebut.
8.18. Presiden menjawab bahawa Majlis Eksekutif telah menjemput Majlis Tertinggi projek tersebut untuk menghadiri Mesyuarat Agung. Namun mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana sebab-sebab yang tertentu seperti telah tamat pengajian, bekerja, sibuk dan sebagainya.
8.19. Saudari Aw Yong Kam Leng mencadangkan Majlis Eksekutif supaya memperuntukkan wang pendahuluan kepada setiap unit atau projek.
8.20. Bendahari menjawab bahawa wujudnya karenah birokrasi di HEP dan Bendahari UM menyebabkan proses memperuntukkan wang pendahuluan adalah agak lambat. Oleh itu biasanya bendahari tidak memperuntukkan wang pendahuluan.
8.21. Pengerusi Majlis mencadangkan supaya memasukkan perkara ini ke dalam agenda Hal-hal Lain.
8.22. Saudara Muhammad Firdaus Alhadi bin Abdullah menyatakan bahawa jumlah pendapatan di muka surat 2 tidak sama dengan muka surat 9.
8.23. Bendahari menjawab bahawa perkara ini merupakan kesilapan teknikal dan meminda butiran Yuran Pelajar dan Jumlah Pendapatan di bawah Perkara 12, muka surat 9 kepada RM385.00.
8.24. Saudara Tew Chong Li mencadangkan supaya agenda ini ditamatkan, disokong oleh saudari Wee Suan Yean.

9. Pembubaran Majlis Eksekutif Sesi 2008/2009
9.1. Presiden PBCUM sesi 2008/2009 mengistiharkan bahawa Majlis Eksekutif sesi 2008/2009 dibubarkan.

10. Pemilihan Ahli-ahli Majlis Eksekutif Sesi 2009/2010
10.1. Pengerusi Majlis berundur untuk memberi laluan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Mesyuarat Agung PBCUM.
10.2. Pengerusi Suruhanraya Pilihanraya Mesyuarat Agung PBCUM mengumumkan senarai calon.
10.3. Jumlah ahli yang berlayak mengundi ialah 87 orang.
10.4. Senarai nama:
Jawatan Nama calon
Presiden Lee Chew Yee, Tew Chong Li, Saw Yee Fung
Timbalan Presiden Wong Tze Wei, Saw Yee Fung
Timbalan Presiden 1 Wong Tze Wei, Lee Zhon Han
Setiausaha Lee Chew Yee
Penolong Setiausaha Toh Khar Peng
Bendahari Chong Guang Yi
Penolong Bendahari Kosong

10.5. Calon Presiden, Lee Chew Yee, Tew Chong Li dan Saw Yee Fung melafazkan ucapan kempen masing-masing.
10.6. Keputusan pengundian: Lee Chew Yee 17 undi, Tew Chong Li 21 undi, Saw Yee Fung 46 undi, 1 undi tidak sah. Saw Yee Fung dilantik sebagai Presiden.
10.7. Saudara Gan Chee Wei menanyakan sebab jumlah ahli yang layak mengundi tidak sama dengan jumlah undi yang dikumpulkan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya menyatakan bahawa jumlah undi yang dikeluarkan adalah sama dengan jumlah undi yang dikumpulkan, iaitu 85 undi. Kekurangan 2 undi mungkin disebabkan peninggalan ahli dari Majlis.
10.8. Disebabkan Saw Yee Fung telah dilantik sebagai Presiden, maka hilang kelayakan untuk bertanding dalam jawatan Timbalan Presiden. Wong Tze Wei menang jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding.
10.9. Disebabkan Wong Tze Wei telah dilantik sebagai Timbalan Presiden, maka hilang kelayakan untuk bertanding dalam jawatan Timbalan Presiden I. Lee Zhon Han menang jawatan Timbalan Presiden I tanpa bertanding.
10.10. Lee Chew Yee menang jawatan Setiausaha tanpa bertanding, Toh Khar Peng menang jawatan Penolong Setiausaha tanpa bertanding, dan Chong Guang Yi menang jawatan Bendahari tanpa bertanding.
10.11. Suruhanjaya Pilihanraya membuka sesi pencalonan bagi jawatan Penolong Bendahari. Namun tiada pencalonan yang diterima.
10.12. Suruhanjaya Pilihanraya mengisytiharkan kekosongan jawatan Penolong Bendahari. Penyandang jawatan tersebut akan dilantik oleh Majlis Eksekutif Sesi 2009/2010.
10.13. Keputusan pilihanraya adalah seperti berikut:
Presiden : Saw Yee Fung
Timbalan Presiden : Wong Tze Wei
Timbalan Presiden 1 : Lee Zhon Han
Setiausaha : Lee Chew Yee
Penolong Setiausaha : Toh Khar Peng
Bendahari : Chong Guang Yi
Penolong Bendahari : Kosong

10.14. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Mesyuarat Agung mengistiharkan pembubaran Suruhanjaya Pilihanraya Mesyuarat Agung. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Mesyuarat Agung berundur, dan seterusnya Pengerusi Majlis mengambil tempat.

11. Upacara Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Eksekutif Sesi 2009/2010
11.1. Presiden Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya Sesi 2009/2010 Saw Yee Fung mengetuai ahli-ahli Majlis Eksekutif untuk mengangkat sumpah.

12. Ucapan Presiden PBCUM Sesi 2009/2010
12.1. Presiden mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan berharap agar dapat memajukan persatuan bersama dengan jawantankuasa Exco sesi 2009/2010.

13. Hal-hal lain
13.1. Saudara Tan Chee Kean meminta penjelasan Majlis Eksekutif sesi 2008/2009 mengenai lebihan pendapatan Projek Pertandingan Debat Antara IPT ke-11 yang banyak.
13.2. Saudara Tan Xun Pei menjelaskan bahawa lebihan ini adalah disebabkan projek ini mengalami kerugian pada permulaannya dan hanya mendapat tajaan yang banyak menjelang pertandingan. Oleh itu dari segi kewangan, saudara Tan mengaku bahawa Majlis Eksekutif sesi 2008/2009 tidak mengurus dengan baik.
13.3. Saudara Tang Kai Wei menokok bahawa projek ini mempunyai lebihan yang banyak kerana mempunyai modal tetap (cek dan sebagainya) yang tinggi. Lebihan ini boleh digunakan sebagai wang pendahuluan aktiviti lain dengan permohonan bersurat.
13.4. Saudara Lee Soon Huat mengatakan bahawa PBCUM perlulah belajar daripada persatuan-persatuan yang lain mengenai hal ehwal kewangan persatuan. Saudara Lee turut mencadangkan Majlis Eksekutif sesi 2009/2010 supaya memanfaatkan wang tabung persatuan untuk membeli peralatan yang diperlukan.
13.5. Cadangan:
13.5.1. Saudara Goh Han Koon mencadangkan agar wang diperuntukkan kepada setiap aktiviti.
13.5.2. Saudara Tan Chee Kean mencadangkan agar menjadikan Projek Kem Bimbingan Pelajar Sekolah Menengah PBCUM sebagai aktiviti tahunan.
13.5.3. Saudara Lee Soon Huat mencadangkan ahli Majlis Eksekutif mengikuti perkembangan isu semasa. Saudara Lee turut mencadangkan Majlis Eksekutif untuk memperkasa usaha dalam aktiviti kesusasteraan.
13.5.4. Saudara Tan Chee Kean mencadangkan agar menggunakan projektor dan bukannya papan putih semasa Mesyuarat Agung. Saudara Tan juga mencadangkan supaya mempermudah agenda-agenda dalam Mesyuarat Agung.
13.5.5. Saudara Kong Kok Heng mencadangkan mengehadkan penggunaan istilah bahasa Inggeris dalam aktiviti yang formal seperti Mesyuarat Agung.
13.5.6. Saudara Tang Kai Wei mencadangkan agar tidak menggalakkan aktiviti-aktiviti khas mencetak t-shirt masing-masing
13.5.7. Saudara Tan Chee Kean mencadangkan AJK aktiviti-aktiviti khas mesti mempunyai 2 helai t-shirt, iaitu 1 t-shirt persatuan dan 1 t-shirt aktiviti tersebut untuk menonjolkan keistimewaan aktiviti.
13.5.8. Saudara Tan Xun Pei mencadangkan agar memulakan persiapan pengambilan ahli-ahli baru dengan secepat mungkin. Saudara Tan turut mencadangkan agar mengadakan Kem PBCUM.
13.5.9. Saudari Chong Shi Bin mencadangkan Majlis Eksekutif supaya mempertimbangkan keperluan kewujupan setiap jawatankuasa dan mengkaji cara yang sesuai untuk menjalankan penyusunan semula.
13.5.10. Saudara Gan Chun Wah mencadangkan supaya menambah label dan numbering dalam setiap laporan untuk memudahkan rujukan.
13.5.11. Saudara Goh Han Koon mencadangkan supaya PBCUM bertindak sebagai pemantau dalam tempoh pemilihan wakil MPMUM.
13.6. Saudara Tew Chong Li mencadangkan menamatkan agenda ini, disokong oleh saudara Goh Han Koon.

Disediakan oleh,

___________________
LEE CHEW YEE
Setiausaha PBCUM 2008/2009
Setiausaha PBCUM 2009/2010

没有评论: