第25届会员大会相关报告:

马大华文学会2009/10年度会务报告(中文版,更新于31/3,0640时)
马大华文学会 2009/10年度会务报告(马来文版,更新于31/3,0640 时)
马大华文学会第24届会员大会会议记录(中文版、马来文版)
http://cid-e2ff2cb3da14cea4.skydrive.live.com/browse.aspx/.Public?uc=4

2010年4月21日

副总秘书

2010年4月13日
致:所有会员

副总秘书

马大华文学会第25届执行委员会经于2010年4月12日召开第1次执委会议,并一致通过委任陈有晴副总秘书



马大华文学会
2010/11年度第25届执委会总秘书
郑天龙 启



13 Apr 2010
Kepada: Semua ahli PBCUM

PENOLONG SETIAUSAHA

Majlis Eksekutif Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) sesi 2010/2011 telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 12 April 2010 dan telah meluluskan cadangan untuk melantik Tan Yew Jeen sebagai Penolong Setiausaha.

Sekian. Harap maklum.


Yang benar,
Kelvin Tee Tin Loong
Setiausaha
PBCUM Sesi 2010/2011

2010年4月9日

马大华文学会第二十五届执委会

马大华文学会第二十五届执委会名单出炉咯~~


主席
李洲意
Lee Chew Yee
017 5121959
lizhouyi_88@hotmail.com

外务副主席
马吟啾
Beh Yn Jiou
0175273027
jiujiu99_byj@hotmail.com
jiujiu99_byj@yahoo.ca

内务副主席
张伟杰
Teo Wei Jie
0169025138
deco_pig@hotmail.com
decotwj@gmail.com

总秘书
郑天龙
Kelvin Tee Tin Loong
0163064383
vinvin_89@hotmail.com

副总秘书
陈有晴
Eugene Tan Yew Jeen
0169571216
sagittarius_yj_90@hotmail.com

总财政
吴佩恩
Goh Pei En
0124475012
peiengoh511@gmail.com

副总财政
张竣安
Tiow Zyn Ann
0172345325
prince_zynann@hotmail.com
prince_zynann@yahoo.com

辩论组组长
郑传毅
Tan Tiong Yih
0165083298
chuanyi__zheng@hotmail.com

华文班组长
刘信汶
Law Seng Boon
0165357793
stevenlaw7@hotmail.com

社会服务组组长
(悬空)

摇篮手组长
陈正发
Tan Chen Huat
0196009394
callmebla3@hotmail.com

文化组组长
饶可韵
Jaw Ke Yun
0149314317
keyun_jaw@hotmail.com

相声组组长
侯慧雯
Eunice Hau Huey Wen
0122420520
eunice_hhw102@hotmail.com

特别活动咨询委员
邱尔淮
Ku Er Huai
0176396619
XaAki_Boy@hotmail.com

2010年4月2日

马大华文学会 2009/10年度会务报告(马来文版,更新于31/3,0640时)

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN BAHASA CINA UNIVERSITI MALAYA
SESI 2009/2010

A) LAPORAN PENTADBIRAN PERSATUAN

1. Intisari PBCUM
1.1 Tema PBCUM
Menyediakan diri dan persatuan demi menyumbang kepada masyarakat.
1.2 Nilai kewujudan PBCUM
Memperbaiki masyarakat melalui intisari kebudayaan Cina.
1.3 Objektif PBCUM
(a) Memperkembangkan pengetahuan dan penggunaan Bahasa Cina;
(b) Memahami semua kebudayaan khasnya kebudayaan di Malaysia; dan
(c) Memupuk perasaan persefahaman, toleransi dan harmoni di kalangan mahasiswa-mahasiswa.
1.4 Matlamat PBCUM
(a) Memperkenalkan penggunaan Bahasa Cina yang tepat;
(b) Memperkenalkan nilai kebudayaan tradisional Cina kepada ahli-ahli;
(c) Mempertingkatkan kesedaran masyarakat di kalangan ahli;
(d) Memperkembangkan kreativiti penulisan di dalam kampus; dan
(e) Meningkatkan interaksi antara kaum di kalangan kampus.

2. Struktur organisasi PBCUM 2009/10
2.1 Sila rujuk Lampiran 1

3. Struktur organisasi Majlis Eksekutif 2009/10
3.1 Sila rujuk Lampiran 2

4. Pemilihan Ahli-ahli Majlis Eksekutif sesi 2009/10
4.1 Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 telah diadakan pada 31/3/2009. Ahli-ahli Majlis Eksekutif sesi 2009/10 telah dipilih. Berikut ialah keputusannya:

Presiden : Saw Yee Fung
Timbalan Presiden : Wong Tze Wei
Timbalan Presiden 1 : Lee Zhon Han
Setiausaha : Lee Chew Yee
Penolong Setiausaha : Toh Khar Peng
Bendahari : Chong Guang Yi
Penolong Bendahari : Kosong
Pengerusi Jawatankuasa Kesedaran Masyarakat : Loh Ching Eng
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan : Sia Lee Ping
Pengerusi Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina : Kosong
Pengerusi Jawatankuasa Gubahan Lagu : Hooi Yuan Teng
Pengerusi Jawatankuasa Perbahasan : Chan Kheng Fai
Pengerusi Jawatankuasa Kelas Bimbingan Bahasa Cina: Muhammad Firdaus Alhadi bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti-aktiviti : Kosong
Khas

4.2 Pada 7/4/2009, Majlis Eksekutif telah melantik Cheng Wei Long sebagai Penolong Bendahari, Eee Chai Chin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina serta Yee Lee Ling dan Ng Ai May sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti-aktiviti Khas.
4.3 Pada 25/6/2009, Majlis Eksekutif telah meluluskan peletakan jawatan Yee Lee Ling dan Ng Ai May sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti-aktiviti Khas. Pada 26/11/2009, Majlis Eksekutif telah melantik Tew Chong Li sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti-aktiviti Khas.
4.4 Juruaudit dijawat oleh saudara Tang Kai Wei.

5. Mentor Persatuan
Pada 14/1/2009, Majlis Eksekutif secara rasminya melantik Dr. Chiew Thiam Kian sebagai Mentor Persatuan.

6. Lembaga Penyelidikan
6.1 Peranan Lembaga Penyelidikan :
(a) Mengadakan mesyuarat dalam masa yang ditetapkan, menghadiri mesyuarat Majlis Eksekutif untuk membantu Majlis Eksekutif menilai dan merangka prinsip, matlamat, kegiatan persatuan dan sebagainya.
(b) Memberi nasihat dan bantuan kepada Majlis Eksekutif atas masalah-masalah yang dihadapi oleh persatuan.
(c) Membuat kajian selidik atas perkara-perkara yang diserahkan oleh Majlis Eksekutif.
(d) Menentukan aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan matlamat persatuan.
6.2 Pada 22/4/2009, Majlis Eksekutif telah sebulat suara melantik anggota-anggota Lembaga Penyelidikan.
Pengerusi : Chan Kee Wah
Setiausaha : Wong Tze Wei
Anggota-anggota : Tan Siew Lee, Chong Shi Bin, Wong Kah Poh, Sia Shang Yuen, Tan Xun Pei, Loh Kit Mun, Tang Kai Wei, Chua Mi Zheng, Saw Yee Fung, Lee Zhon Han, Lee Chew Yee, Chong Guang Yi

7. Lembaga Displin
7.1 Matlamat Lembaga Displin :
Memastikan peraturan-peraturan displin dan peraturan-peraturan persatuan dipatuhi demi menjaga nama baik persatuan dan faedah-faedah ahli.
7.2 Pada 5/4/2009, Majlis Eksekutif telah sebulat suara melantik anggota-anggota Lembaga Disiplin.
Pengerusi : Tan Chin Hong
Setiausaha : Toh Khar Peng
Anggota-anggota : Loh Ching Eng, Choo Sim Mei, Hong Kar Wai, Wong Wei Ping, Soh Ling Wei

8. Bilangan Ahli Jawatankuasa Setiap Jawatankuasa
a) Jawatankuasa Perbahasan 9 orang
b) Jawatankuasa Kelas Bimbingan Bahasa Cina 6 orang
c) Jawatankuasa Kesedaran Kemasyarakatan 6 orang
d) Jawatankuasa Kebudayaan 4 orang
e) Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina 5 orang
f) Jawatankuasa Gubahan Lagu 13 orang
g) Jawatankuasa Perhubungan Luar 3 orang
h) Jawatankuasa Sekretariat 6 orang
i) Jawatankuasa Perbendaharaan 10 orang
j) Skuad Pemberita 0 orang
Jumlah 62 orang

9. Bilangan Ahli Jawatankuasa Ad-Hoc Aktiviti-aktiviti Khas
a) Konsert Gubahan Lagu 2008/2009 157 orang
b) Malam Persembahan Seni Pertuturan Cina 2008/2009 29 orang
c) Kem Bimbingan Pelajar Sekolah Menengah Ke-3 40 orang
d) Majalah Sudut PBCUM Sesi 2008/09 7 orang
e) Malam Persembahan PBCUM Sesi 2009/10 22 orang
f) Kem Bina Insan PBCUM 2009 12 orang

10. Aktiviti-aktiviti Sesi 2009/10
10.1 Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa
a) Jawatankuasa Perbahasan
b) Jawatankuasa Kelas Bimbingan Bahasa Cina
c) Jawatankuasa Kesedaran Kemasyarakatan
d) Jawatankuasa Kebudayaan
e) Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina
f) Jawatankuasa Gubahan Lagu
g) Jawatankuasa Perhubungan Luar
h) Jawatankuasa Sekretariat
i) Jawatankuasa Perbendaharaan
j) Skuad Pemberita

10.2 Aktiviti-aktiviti Khas (1/1/2009-31/12/2009)
a) Konsert Gubahan Lagu 2008/09 21/1/2009
b) Malam Persembahan Seni Pertuturan Cina 2008/09 11/2/2009
c) Kem Bimbingan Pelajar Sekolah Menengah Ke-3 14-17/12/2009
d) Majalah Sudut PBCUM Sesi 2008/09 28/7/2009
e) Malam Persembahan PBCUM Sesi 2009/10 29/7/2009
f) Kem Bina Insan PBCUM 2009 21-23/8/2009

11. Statistik Ahli PBCUM
Pelajar Tahun Satu 178
Pelajar Tahun Dua 65
Pelajar Tahun Tiga 14
Pelajar Tahun Empat 5
Pelajar Siswazah 1
Jumlah 263

12. Hal Ehwal Hubungan Luar

Tarikh Perkara
6/4/2009 Menerima lawatan Encik Chong Soon Fatt
18/4/2009 Menghadiri ceramah “Let’s Talk Lim Lian Geok”
6/5/2009 Kenyataan akhbar
8/5/2009 Kenyataan akhbar
24/5/2009 Kenyataan akhbar
30/5/2009 Kenyataan akhbar
3/6/2009 Kenyataan akhbar
9/6/2009 – 11/6/2009 Menganjur Kem Tionghua peringkat daerah Hulu Langat 2009 dengan SMJK Yu Hua Kajang
11/6/2009 – 12/6/2009 Interaksi dengan organisasi-organisasi luar kampus:
1) Dong Jiao Zong
2) Persatuan Pelajar New Era College
3) DEMA
4) SUARAM
5) Tamil Foundation Malaysia
6) Jawatankuasa Hak Awam KLSCAH
15/6/2009 – 18//6/2009 Menyertai 2009 SUMMIT Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan
18/6/2009 Kenyataan akhbar
18/6/2009 Kenyataan akhbar
19/6/2009 Kenyataan akhbar
21/6/2009 Kenyataan akhbar
26/6/2009 Menyertai forum “Dasar PBSMI dari Segi Falsafah Pendidikan”
9/7/2009 Kenyataan akhbar
10/7/2009 Menyertai ceramah anjuran Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat MCA
12/7/2009 Interaksi dengan Chinese Culture University International Volunteer Club
13/7/2009 Kenyataan akhbar
13/7/2009 Interaksi dengan National Taiwan University In Asia Project
14/7/2009 Kenyataan akhbar
16/7/2009 Interaksi dengan GMI
31/7/2009 Kenyataan akhbar
13/8/2009 Kenyataan akbar
27/8/2009 Menghadiri ceramah patriotisme
29/8/2009 Menghadiri majlis perasmian “Kempen Derma Darah Sejiwa Satu Malaysia”
8/9/2009 Mengadakan ceramah integrasi nasional dengan Sin Chew Jit Poh
8/9/2009 Kenyataan akhbar
26/9/2009 Menghadiri workshop Hak Asasi Manusia
9/10/2009 Kenyataan akhbar
14/10/2009 Kenyataan akhbar
14/10/2009 Kenyataan akhbar
23/10/2009 Kenyataan akhbar
30/10/2009 Kenyataan akhbar
3/12/2009 Kenyataan akhbar
4/12/2009 – 6/12/2009 Menghadiri Kem Kepimpinan Mahasiswa Nasional (KEMAN) ke-12
14/12/2009 Kenyataan akhbar
10/01/2010 Kenyataan akhbar
16/01/2010 Menghadiri ceramah anjuran Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat MCA
10/03/2010 Kenyataan akhbar

13. Kem Perbincangan Majlis Eksekutif
Majlis Eksekutif PBCUM Sesi 2009/2010 telah mengadakan Kem Perbincangan Majlis Eksekutif pada 18- 20/5/2009 di Pantai Hillpark serta 25-27/6/2009 di SM (Persendirian) Confucius. Berikut adalah persefahaman yang telah dikecapi oleh para Exco semasa Kem Perbincangan Majlis Eksekutif:

1. Kekurangan komunikasi antara Majlis Eksekutif dengan ahli-ahli jawatankuasa pelaksana serta ahli-ahli biasa telah mengakibatkan pelbagai masalah dari segi penyelarasan.
Terdapat ramai ahli-ahli jawatankuasa pelaksana serta ahli-ahli biasa yang tidak tahu siapakah ahli Majlis Eksekutif PBCUM, tidak memahami cara operasi Majlis Eksekutif, bahkan salah faham bahawa aktiviti-aktiviti khas atau jawatankuasa merupakan kumpulan yang tersendiri. Pada kebanyakan masa ahli-ahli tidak tahu perkara yang telah berlaku atau aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan, dan kekurangan maklumat tersebut mengakibatkan ahli terasa kekosongan dari segi aktiviti, selanjutnya menyebabkan ahli tidak tertarik pada persatuan.
Pada masa yang sama, kebanyakan ahli jawatankuasa langsung tidak kenal antara satu sama lain, dan juga kekurangan sumber maklumat tentang aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa lain.
Majlis Eksekutif telah mengemukakan beberapa cadangan:
• Mengaturkan slot untuk memperkenalkan PBCUM dalam pelbagai aktiviti khas
• Mengadakan aktiviti-aktiviti yang tidak begitu formal atau bersifatkan sosial seperti lawatan 1 hari.
• Mengadakan taklimat dan menyampaikan maklumat dan mesej persatuan kepada jawatankuasa dan jawatankuasa pelaksana aktiviti khas.
• Maklumat aktiviti mestilah disampaikan kepada SEMUA ahli PBCUM, dan bukan hanya kepada ahli-ahli aktif sahaja.
• Para Exco digalakkan menghadiri aktiviti dan mesyuarat jawatankuasa.
• Publisiti kelas-kelas anjuran pelbagai jawatankuasa perlu digiatkan.

2. Persaingan Kelab Kebudayaan Cina kolej: ramai orang tidak faham akan peranan dan perbezaan Kelab Kebudayaan Cina kolej dan PBCUM, malahan berpendapat bahawa penyertaan dalam aktiviti-aktiviti PBCUM adalah tidak bermakna atau salah faham dengan pendirian PBCUM.
• Majlis Eksekutif berpendapat bahawa imej PBCUM perlulah dibina semula dan dipromosikan menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan supaya orang ramai dapat mengenali semula PBCUM.
• Para Exco perlulah menjaga imej sendiri dan PBCUM.
3. Aktiviti dan cara operasi jawatankuasa-jawatankuasa telah ditetapkan, kebanyakan aktiviti jawatankuasa adalah dijalankan secara “turun-temurun”.
• Majlis Eksekutif berpendapat bahawa tidak wajarlah menjalankan aktiviti semata-mata ingin menjalankan aktiviti, dan tidak patutlah menghentikan aktiviti disebabkan kekurangan peserta. Majlis Eksekutif turut menggalakkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersama dengan pihak luar, serta menjalin hubungan erat dengan persatuan-persatuan lain.
• Persatuan membekalkan medium bagi para mahasiswa mengenalpasti nilai diri sendiri, serta memperkembangkan benda-benda yang digemari.
• Cadangan aktiviti:
 Mengenai pengajian Bahasa Cina
 Perlu banyak mengemukakan pendapat terhadap hal ehwal semasa, dan menyakinkan para ahli dengan pelbagai tindakan.
 Mengambil berat golongan yang kurang bernasib baik dan meningkatkan kepekaan dan kefahamam terhadap perkara-perkara yang telah berlaku di sekitar.
 Meningkatkan kesedaran kemasyarakatan para ahli.
 Peningkatan kendiri, pembelajaran soft skill.
4. Ahli-ahli kurang berminat menyertai aktiviti pentadbiran.
Segelintir orang tidak dapat mengenal pasti kepentingan keahlian dan justeru enggan menjadi ahli PBCUM. Sebab yang sama turut mengakibatkan sebilangan ahli malas untuk memperbaharui keahlian.
• Majlis Eksekutif memutuskan untuk memberi keistimewaan kepada semua ahli dalam aktiviti-aktiviti khas tertentu. Pada masa yang sama, Majlis Eksekutif akan berusaha untuk mendapatkan keistimewaan dari pihak luar.
• Majlis Eksekutif juga berpendapat perlu menggiatkan promosi aktiviti interaksi dan mengambil ahli dengan strategi-strategi tertentu.
5. Hala tuju PBCUM, “Meneroka nilai baru dan berintegrasi dengan masyarakat”, perlulah difahami oleh semua ahli biasa dan ahli jawatankuasa, supaya semua pihak dapat berganding bahu mengecapi maklamat PBCUM.
6. Majlis Eksekutif juga memutuskan untuk mendapatkan bantuan kewangan atas nama PBCUM bagi mengurangkan beban jawatankuasa pelaksana.

14. Penilaian Semula Majlis Eksekutif Mengenai Aktiviti-aktiviti dan
Pengurasan Persatuan Pada Semester Pertama
Majlis Eksekutif ke-24 telah mengadakan mesyuarat pada 25-26/11/2009 di Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam dan Bilik Gerakan PBCUM. Tujuan penilaian semula majlis eksekutif adalah untuk menilai aktiviti-aktiviti dan pengurusan yang telah dijalankan di sepanjang semester pertama. Dalam mesyuarat yang dijalankan, penilaian semula telah dibuat ke atas Laporan Kem Perbincangan Majlis Eksekutif. Perbicangan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh jawatankuasa-jawatankuasa, aktiviti-aktiviti khas yang diadakan, struktur persatuan, perlembagaan, peraturan serta pengurusan Majlis Eksekutif.

Perlembagaan, Peraturan Dan Prinsip Persatuan
Persatuan tidak dapat berfokus kepada hala tuju yang telah ditetapkan disebabkan aktiviti yang terlalu kerap. Pada masa yang masa, Majlis Eksekutif mengalami masalah kekurangan Exco.
Para Exco kurang giat menyertai aktiviti pihak luar. Majis Eksekutif perlulah peka terhadap isu-isu semasa dan menjalin hubungan diplomatik dengan persatuan lain secara aktif.
Para Exco perlulah mengekalkan perhubungan antara satu sama lain.
Majlis juga perlu memperkasakan pendirian dalaman persatuan. Pendirian persatuan memang tidak bermasalah, melainkan cara perlaksanaan Majlis Eksekutif. Ahli Majlis sibuk dengan pelbagai aktiviti, dan tiada masa untuk mengkaji pendirian persatuan.

Pengurusan dalam Persatuan
Ahli-ahli Majlis Eksekutif tidak mempunyai persefahaman yang secukupnya. Para EXCO perlulah selalu berinteraksi untuk mencapai persefahaman. Majlis Eksekutif ada menggunakan sumber Lembaga Penyelidikan, namun kurang berkesan. Masalah dalaman Majlis Eksekutif menyebabkan keadaan kelam kabut apabila persatuan mengalami masalah.
Lembaga Disiplin tidak dapat memainkan peranan yang penting kerana tiada orang yang mengemukakan laporan.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Majlis Eksekutif dan Aktiviti-aktiviti Khas
Majlis Eksekutif perlulah selalu berhubung dengan jawatankuasa-jawatankuasa ad hoc, dan mengikuti perkembangan serta keputusan mesyuarat mereka. Pendirian persatuan perlu dijelaskan. Aktiviti-aktiviti haruslah lebih mementingkan kualiti, dan bukannya “kemewahan”, dan perlulah mengikuti matlamat dan hala tuju yang ditetapkan. Target aktiviti dan promosi perlu dirancang dengan baik, dan rasa sayang kepada aktiviti perlu dipupuk.
Aktiviti yang diadakan oleh Majlis Eksekutif seperti perjumpaan dan hari keluarga pula harus dirancang dengan baik, serta mempunyai seorang yang bertanggungjawab mengikuti aktiviti tersebut. Masa yang dipilih haruslah sesuai dan cara promosi perlulah diperkasakan. Ahli-ahli perlulah dihubungi mengenai aktiviti tersebut. Hari Keluarga patut menjalankan aktiviti yang bermakna. Para EXCO digalakkan mempelajari teknik-teknik membawa aktiviti.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh jawatankuasa-jawatankuasa
Sebilangan jawatankuasa menghadapi masalah penglibatan AJK atau pengambilan pelajar. Kebanyakan kerja-kerja pentadbiran dijalankan oleh pengerusi jawatankuasa. Skuad Pemberita mengalami masalah kekurangan ahli, manakala Jawatankuasa Sekretariat mengalami pengaliran personel yang terlalu kerap. Jawatankuasa-jawatankuasa yang lain pula tidak mengalami masalah yang ketara. Ramai ahli jawatankuasa yang hanya aktif dalam aktiviti jawatankuasa masing-masing, dan jarang mengambil bahagian dalam aktiviti jawatankuasa lain atau perjumpaan ahli. Pelbagai jawatankuasa didorong untuk menganjurkan aktiviti bersama.

16. Penilaian Semula Cadangan-cadangan Semasa Mesyuarat Tahunan Ke-22

No. Cadangan-cadangan Jawapan
1. Mengeluarkan wang dalam akaun Bendahari UM serta memberi peruntukan kepada jawatankuasa-jawatankuasa. Majlis Eksekutif mengalami masalah dari segi prosedur, di mana badan pelajar hanya dibenarkan mengeluarkan wang pendahuluan untuk aktiviti yang telah diberikan kelulusan.
2. Menjadikan Kem Bimbingan Pelajar Sekolah Menengah PBCUM sebagai aktiviti tahunan PBCUM. Majlis Eksekutif berpendapat bahawa Kem Bimbingan merupakan aktiviti khas PBCUM, dan perlulah menilai semula keperluan dan cara pelaksanaan aktiviti, oleh itu tidak sesuai dijadikan sebagai aktiviti tahunan PBCUM
3. Majlis Eksekutif perlu memahami keperluan dan perkembangan, serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti khas. Telah dilaksanakan.
4. Ahli Majlis Eksekutif perlulah mengikuti perkembangan isu semasa. Telah dilaksanakan.
5. Majlis Eksekutif perlu memperkasakan usaha dalam aktiviti kesusasteraan, serta menerbitkan koleksi kesusasteraan. Majlis Eksekutif, memandangkan keupayaan persatuan dan sumber manusia yang terhad, tidak bercadang untuk menerbitkan koleksi kesusasteraan.
6. Menggunakan projector. Majlis Eksekutif telah diluluskan untuk membeli projector, namun perkembangan masih perlulah diikuti dengan pihak HEPA.
7. Mempermudahkan agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan dan menghantar laporan kepada bekas Exco PBCUM untuk tujuan periksa sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. Telah dilaksanakan.
8. Mengurangkan penggunaan istilah bahasa Inggeris dalam aktiviti yang formal seperti Mesyuarat Agung Telah dilaksanakan.
9. Tidak menggalakkan aktiviti-aktiviti khas mencetak t-shirt masing-masing AJK aktiviti-aktiviti khas dibenarkan mempunyai T-shirt aktiviti, dengan syarat nama dan tema persatuan diwajibkan di atas T-shirt. Selain itu, hanya satu design T-shirt yang akan dibenarkan, dan bilangan pencetakan juga akan dikawal oleh Majlis Eksekutif.
10. AJK aktiviti-aktiviti khas mesti mempunyai 2 helai t-shirt, iaitu 1 t-shirt persatuan dan 1 t-shirt aktiviti tersebut untuk menonjolkan keistimewaan aktiviti.
11 Memulakan persiapan pengambilan ahli-ahli baru dengan secepat mungkin. Calon cadangan Majlis Eksekutif akan mengatur perkara ini secepat mungkin.
12 Mengadakan Kem Bina Insan PBCUM Telah dilaksanakan.
13 Mempertimbangkan keperluan kewujupan setiap jawatankuasa dan memahami perbezaan antara jawatankuasa dengan aktiviti khas Telah dilaksanakan.
14 Menambah label dan numbering dalam setiap laporan untuk memudahkan rujukan Telah dilaksanakan.
15 PBCUM bertindak sebagai pemantau dalam tempoh pemilihan wakil MPMUM Telah dilaksanakan.


B) LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN

1. Laporan Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa

1.1 Jawatankuasa Perbahasan
Matlamat:
1. Mencungkil bakat berbahas di kalangan pelajar.
2. Memupuk budaya perbahasan yang sesuai.
3. Menggalakkan pemikiran yang krisis dan kreatif.

Aktiviti:
Tarikh Tempat 活动
08.09.2009 Auditorium KPS Pertunjukan Debat Bahasa Cina
09.09.2009-16.09.2009 MP 3, KPS Pertandingan Debat Bahasa Cina Kampus UM Tertutup
12.08.2009-10.02.2010 MP 3,KPS Kelas Bimbingan Debat Bahasa Cina

1.2 Jawatankuasa Bimbingan Bahasa Cina
Matlamat:
1. Menggalakkan dan mempopularkan penggunaan bahasa Cina yang tepat.
2. Memupuk semangat muhibah dan perpaduan melalui interaksi antara pengajar dan pelajar.

Aktiviti:
Tarikh Tempat Aktiviti
1.8.2009 SR 3, FSSS Malam Interaksi
10.8.2009 – 12.3.2010 SR 4, 5, 6, FSSS Kelas Bimbingan Bahasa Cina
15.3.2010 – 19.3.2010 SR 4, 5, 6, FSSS Peperiksaan Akhir

1.3 Jawatankuasa Kesedaran Kemasyarakatan
Matlamat:
1. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan mahasiswa/i terhadap isu-isu masyarakat dan budaya masyarakat serta berazam untuk berkhidmat untuk masyarakat.
2. Menggalakkan fikiran rasional dan kritikal di kalangan mahasiswa/i.

Aktiviti :
Tarikh Tempat Aktiviti
25.07.2009 UM Aktiviti Ekporasi Minda
06.08.2009 SR3, FSSS Malam Interaksi
29.08.2009 Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah Lawatan ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah
09.10.2009 Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah Lawatan ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah
15.01.2010 Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah Lawatan ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah
01.02.2010 Sungai Buloh Leproxy Centre Aktiviti Ekporasi Minda di Sungai Buloh Leproxy Centre

1.4 Jawatankuasa Kebudayaan
Matlamat:
1. Memperkembang kebudayaan Tionghoa.
2. Menyediakan ruang untuk mempelajari kebudayaan Cina kepada ahli dan mengeratkan
hubungan antara ahli-ahli.

Aktiviti :
Tarikh Tempat Aktiviti
10.08.2009 SR3, FSSS Malam Interaksi
11.08.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Pertama
18.08.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Ke-2
01.09.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Ke-3
03.09.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Lukisan Dakwat Cina Pertama
08.09.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Ke-4
10.09.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Lukisan Dakwat Cina Ke-2
15.09.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Ke-5
17.09.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Lukisan Dakwat Cina Ke-3
29.09.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Ke-6
01.10.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Lukisan Dakwat Cina Ke-4
06.10.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Ke-7
08.10.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Lukisan Dakwat Cina Ke-5
13.10.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina Ke-8
15.10.2009 Dataran Sastera, FSSS Kelas Lukisan Dakwat Cina Ke-6
24.01.2010-23.03.2010 Dataran Sastera, FSSS Kelas Seni Kaligrafi dan Ukiran Batu Cina
02.02.2010-23.03.2010 Dataran Sastera, FSSS Kelas Lukisan Dakwat Cina

1.5 Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina
Matlamat:
1. Memberi peluang kepada ahli Persatuan Bahasa Cina terutamanya ahli Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina untuk mempelajari cara pertuturan Bahasa Cina yang tepat.
2. Mempertingkatkan ilmu Bahasa Cina ahli Persatuan Bahasa Cina terutamanya ahli Jawatankuasa Seni Pertuturan Cina.
3. Mengeratkan hubungan di kalangan ahli.

Aktiviti :
Tarikh Tempat Aktiviti
03.08.2009 SR3, FSSS Hari Interaksi
24.08.2009 SR3&4, FSSS Kelas seni pertuturan Cina
31.08.2009 SR3&4, FSSS Kelas seni pertuturan Cina
07.09.2009 SR3&4, FSSS Kelas seni pertuturan Cina
14.09.2009 SR3&4, FSSS Kelas seni pertuturan Cina
28.09.2009 SR3&4, FSSS Kelas seni pertuturan Cina
12.10.2009 SR3&4, FSSS Kelas seni pertuturan Cina
19.10.2009 SR3&4, FSSS Kelas seni pertuturan Cina

1.6 Jawatankuasa Gubahan Lagu
Matlamat:
(i) Menjadikan Universiti Malaya sebagai pusat mendidik dan melahirkan penyanyi serta pemain muzik yang mahir dalam pelbagai bidang muzik,
(ii) Mempromosikan muzik hasilan pelajar Universiti Malaya ke luar kampus, serta meluaskan pandangan sendiri terhadap pasaran muzik keseluruhan,
(iii) Memberi peluang kepada ahli-ahli mempersembah di luar kampus dan menjalinkan interaksi dengan pemain-pemain muzik dari universiti lain, serta menambahkan pengalaman persembahan sendiri.
Aktiviti:
Tarikh Tempat Aktiviti
28.7.2009-31.7.2009 Bilik Gerakan PBCUM, KPS Pengambilan Ahli
4.8.2009 Luar Bilik Gerakan PBCUM, KPS Perjumpaan dengan ahli baru dan pengambilan AJK Pertandingan Gubahan Lagu
30.8.2009 – 25.10.2009 SR1,FSSS Kelas Muzik
1.9.2009 Dataran Gazebo, KPS Malam Persembahan Gubahan Lagu
8.9.2009 SR2,FSSS Aktiviti Mingguan 1
15.9.2009 SR2,FSSS Aktiviti Mingguan 2
29.9.2009 SR2,FSSS Aktiviti Mingguan 3
6.10.2009 SR2,FSSS Aktiviti Mingguan 4
15.10.2009 Auditorium, Fakulti Pendidikan Pertandingan Gubahan Lagu Intravarsiti Kelima
16.3.2010 SR1, FSSS Aktiviti Mingguan 5
30.3.2010 Pantai Hillpark Gathering

1.7 Jawatankuasa Perhubungan Luar
Matlamat:
1. Memastikan segala maklumat perhubungan luar diurus dengan sistematik.
2. Membantu Timbalan Yang Dipertua dalam hal-hal perhubungan luar.
3. Membantu persatuan dalam menyampaikan maklumat aktiviti persatuan kepada masyarakat serta menguatkan hubungan dan meluaskan peluang kerjasama persatuan dengan persatuan-persatuan lain.
Tiada aktiviti yang dijalankan.

1.8 Jawatankuasa Sekretariat
Matlamat:
Memastikan organisasi Persatuan berfungsi dengan sempurna dan memperkukuhkan perhubungan antara setiap unit persatuan.

Aktiviti:
Tarikh Tempat Aktiviti
6/7/2009 Bilik Gerakan PBCUM Interaksi
22/7/2009 BMP 3 Menghadiri taklimat mengenai minggu PROMO
23/7/2009 Bilik Gerakan PBCUM Mesyuarat
24-26/7/2009 Hotel De Paris, Port Dickson Menghadiri Kursus Pengurusan Badan Pelajar anjuran HEPA
30/7/2009 Dataran Gazebo Menghadiri majlis perasmian minggu PROMO
6/8/2009 Auditorium KPS Menghadiri majlis perasmian FESKUM
Sepanjang Tahun Mengemas buku, mengemaskini maklumat, pengurusan dokumen dan sijil

1.9 Jawatankuasa Perbendaharaan
Matlamat:
1. Memastikan system kewangan dan penyelenggaraan harta benda PBCUM berfungsi dengan baik dan lengkap.
2. Memastikan segala urusan kewangan PBCUM berjalan dengan lancar.

Aktiviti :
Tarikh Aktiviti/Catatan
Julai Interaksi antara AJK
Sepanjang Tahun Kemaskini Surat/dokumen dengan pihak HEP dan pihak luar
Sepanjang Tahun Menguruskan aliran kewangan activiti khas
Sepanjang Tahun Mencari tajaan tahunan
Sepanjang Tahun Mejual T-shirt PBCUM

1.10 Skuad Pemberita
Matlamat:
Melahirkan mahasiswa/I yang mengambil berat tentang isu-isu semasa dan mendorong mereka menyuarakan pendapat sendiri.

Bagi sesi ini, skuad pemberita tidak ditubuhkan oleh sebab kekurangan ahli.


2. Laporan Aktiviti-aktiviti Khas

2.1 Konsert Gubahan Lagu 2008/09
Objektif:
1. Menggalakkan mahasiswa-mahasiswi untuk menggubah lagu, memperkenalkan Jawatankuasa Gubahan Lagu PBCUM (Yao Lan Shou) kepada masyarakat.
2. Meningkatkan kepekaan mahasiswa-mahasiswi terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekitar dan masyarakat.
Matlamat:
1. Meningkatkan kualiti gubahan lagu dan muzik.
2. Memberi peluang kepada AJK untuk mempelajari proses penggubahan lagu.
3. Mengeratkan hubungan antara AJK, selanjutnya mendorong semangat berpasukan.
4. Mencungkil bakat dan membekalkan ruangan untuk persembahan.
Aktiviti :
Tarikh Tempat Aktiviti
8-11/9/2008 Bilik Gerakan PBCUM Pengambilan AJK
20/9/2008 Berhampiran Kampus UM Pengutipan derma
22/9/2008 Fakulti Sastera dan Sains Sosial Hari Keluarga 1
16/10/2008 Dataran Sastera dan SR3, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Hari Keluarga 2
21-23/11/2008 Melaka Kem Bimbingan AJK
4/1/2009 Depan DTC Sesi Fotografi
7-20/1/2009 Semua Kolej dan Fakulti Publisiti
19/1/2009 Fakulti Sastera dan Sains Sosial Hari Keluarga 3
21/01/2009 DTC Konsert Gubahan Lagu


2.2 Malam Persembahan Seni Pertuturan Cina 2008/09
Matlamat:
1. Memperkembangkan budaya seni pertuturan Cina.
2. Melatih ahli-ahli seni pertuturan Cina tempatan.

Aktiviti :
Tarikh Tempat Aktiviti
11/02/2009 Auditorium KPS Malam Persembahan Seni Pertuturan Cina

2.3 Kem Bimbingan Sekolah Menengah PBCUM Ke-3
Objektif:
1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mempelajari teknik pengurusan organisasi yang formal.
2 Memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah menengah tentang kehidupan sebagai mahasiswa.
3 Menjadi asas kepada pembentukan sifat kepimpinan dan bertanggungjawabdi samping menyemai semangat kerjasama dan toleransi di kalangan ahli jawatankuasa projek ini.
4 Mengurangkan tekanan belajar para peserta dan penganjur di samping menimba ilmu pengetahuan tambahan selain daripada apa yang dipelajari dalam buku.
Aktiviti:
Tarikh Tempat Aktiviti
28/2/2009 Confucius High School Mesyuarat Majlis Tertinggi Kali Pertama
3/3/2009 SR2, Fakulti Sastera Mesyuarat Kali Pertama
10/3/09 Bilik Siswa. Kk4 Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-2
14/3/09-15/3/09 Confucius High School Kem Bimbingan AJK
18/3/09 KK7 Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-3
25/3/09 SR2, Fakulti Sastera Mesyuarat Ke-2
10/4/09 Bilik Siswa. Kk4 Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-4
7/5/09-8/5/09 Pusat Kanak-kanak Istimewa, Taman Megah Lawatan
28/5/09-4/6/09 Cheras Kem Persediaan
28/5/09 Cheras Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-5
31/5/09 Cheras Mesyuarat Ke-3
3/6/09 Cheras Mesyuarat Ke-4
5/6/09-6/6/09 Kolej New Era Sub-Kem Kali Pertama
12/7/09 SR3, Fakulti Sastera Mesyuarat Ke-5
4/8/09 Dataran Fakulti Sastera Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-6
6/8/09 SR3, Fakulti Sastera Mesyuarat Ke-6
18/8/09-20/8/2009 Ipoh Kem Bimbingan AJK Kali Kedua
20/8/09 Ipoh Mesyuarat Ke-7
21/8/09-22/8/09 SMJK Poi Lam, Ipoh Sub-Kem Kali Kedua
1/9/09 SR3, Fakulti Sastera Mesyuarat Ke-8
5/9/09-6/9/09 Phay Fong High School, Melaka Sub-Kem Kali Ketiga
15/9/09 Dataran Fakulti Sastera Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-7
25/9/09 - Mencari Tajaan
9/10/09 - Mencari Tajaan
1/12/09 SS17,PJ Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-8
3/12/09-13/12/09 SS17,PJ Kem Persediaan
3/12/09 SS17,PJ Mesyuarat Ke-9
14/12/09-17/12/09 KK2,UM Kem Bimbingan Pelajar Sekolah Menengah PBCUM Ke-3
14/1/10 SR2, Fakulti Sastera Mesyuarat Ke-10
27/1/10 Sunway Majlis Penghargaan

2.4 Majalah Sudut PBCUM Sesi 2008/09
Matlamat:
1. Sebagai sumber maklumat yang memaparkan segala kegiatan yang telah dijalankan dan perkembangan PBCUM sepanjang sesi 2006/2007.
2. Memperkenalkan latar belakang dan intisari PBCUM kepada mahasiswa/i UM.
3. Memberi peluang kepada editor dan para ahli jawatankuasa untuk mempelajari cara dan proses penerbitan majalah.

Aktiviti:
Tarikh Aktiviti/Catatan
28/7/2009 Majalah disiapkan.

2.5 Malam Persembahan PBCUM
Matlamat:
1. Memperkenalkan Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya kepada mahasiswa-mahasiswi baru.
2. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa-mahasiswi baru dengan mahasiswa-mahasiswi lama.
3. Mendedahkan mahasiswa-mahasiswi baru dengan kebudayaan Cina.

Aktiviti:
Tarikh Tempat Aktiviti
29/7/2009 DK Utama, API Malam Persembahan PBCUM

2.6 Kem Bina Insan PBCUM 2009
Objektif:
i. Menggalakkan perkembangan personaliti yang baik dan pembangunan intelektual bagi peserta-peserta kem.
ii. Membina keyakinan diri, memupuk semangat bekerjasama, bertolak ansur dan bersatu padu di kalangan para peserta.
iii. Meningkatkan kesedaran para peserta terhadap masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab bermasyarakat.
iv. Mempertingkatkan kebolehan dan bakat mahasiswa-mahasiswi dalam menganjurkan aktiviti dan projek di Universiti Malaya.
v. Menyediakan satu arena untuk meningkatkan interaksi antara mahasiswa-mahasiswi di kalangan pelajar Universiti Malaya agar dapat mewujudkan semangat perpaduan di kalangan mereka.

Aktiviti:
Tarikh Tempat Aktiviti/catatan
10/4/2009 Jawatankuasa ditubuhkan
13/4/2009 Menghantar KKD kepada HEPA
29/5/2009 Rumah guru Lim Chi Hong Interaksi dengan guru yang pakar dalam budaya Cina
15/7/2009 HEPA KKD diluluskan
18/7/2009 KPS Hari Interaksi antara AJK
18/7/2009-14/8/2009 Universiti Malaya Mempromosikan Kem Bina Insan
19/8/2009-20/8/2009 Dataran Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Hutan Lipur Sg Congkak Kem Persediaan
21/8/2009-23/8/2009 Hutan Lipur Sg Congkak Kem Bina Insan